Tuesday, May 23, 2017

Syarat Berkahwin Kim Ji Won & Park Seo Joon



Kim Ji Won dan Park Seo Joon bergandingan dalam drama bersiri terbaharu Fight My Way.
PASANGAN pelakon Kim Ji Won dan Park Seo Joon berjanji akan berkahwin jika drama terbaharu lakonan mereka mendapat sambutan hangat di kalangan penonton.
Secara bergurau, Ji Won dan Seo Joon berkata, sekiranya rating drama berjudul Fight My Way itu melebihi 30 peratus mereka akan segera berkahwin.
Mereka berkata demikian pada sidang media pelancaran drama itu yang diadakan di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ji Won berkata, jika mereka gagal mendapat rating tinggi, dua pelakon lain dalam siri itu, Ahn Jae Hong dan Song Ha Yoon akan berkahwin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: