Tuesday, May 23, 2017

Sungjong (Inifinite) Cedera Akibat Kemalangan




Sungyong terlibat dalam kemalangan jalan raya.
ANGGOTA kumpulan Infinite, Sungjong terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia mengalami kecederaan.
Koreaboo melaporkan walaupun tercedera namun dia masih berkeras untuk menghadiri perjumpaan bersama peminat.
Bagaimanapun dia tidak dapat menyertai ahli kumpulan lain ketika mengadakan persembahan pada acara itu akibat kecederaannya itu.
Peminat memuji sikap profesional Sungjong yang tetap hadir pada perjumpaan itu walaupun sedang sakit.
Malah mereka turut memuji ahli lain Infinite yang sentiasa menunjukkan sokongan dan membantu Sungjong untuk bergerak.
Ini bukan kali pertama anggota Infinite terlibat dalam kemalangan kerana sebelum ini Woohyun dan Sunggyu pernah kemalangan akibat keletihan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: