TOKYO. JEPUN - Hidangan ramen dengan cengkerik yang dicampur ulat goreng menjadi pencinta makanan di negara matahari terbit itu sanggup beratur panjang.
Dalam sebuah acara di sebuah restoran Ramen berjaya menjual 100 mangkuk ramen 'tsukemen serangga' dalam masa kira-kira empat jam.
Ramen itu akan dihidangkan bersama-sama dengan kira-kira sedozen cengkerik dan ulat di mana pelanggan akan mencelupnya di dalam sup dengan cengkerik, belalang atau ulat sutera.
“Bila ia digoreng, rasanya menjadi rangup,” kata salah seorang pelanggan, Anri Nakatani, 22 tahun.
Bagi Yuta Shinohara, 22, pula, dia berkata, rasanya seperti udang digoreng.
“Saya mula makan serangga sejak kecil dan hari makan serangga ini bagi mempromosikan budaya makan alternatif di Jepun dan seluruh dunia melalui ramen iaitu makanan popular Jepun,” katanya.
Hidangan satu set makanan berharga 3,000 yen (RM120) iaitu ramen serangga, semangkuk nasi dengan cengkerik, popia cacing goreng dan ais krim yang berperisa serannga manakala harga bagi semangkuk ramen ialah 1,500 yen (RM 60)