LYON - PERANCIS. Mahkota abad ke 19 yang bertahtakan 1800 batu pertama dicuri dari sebuah muzium seni keagamaan di tengah Perancis, kata pihak berkuasa muzium, lapor AFP.
Pencuri memecah masuk muzium berkenaan dan berjaya menembusi sistem keselamatan canggih di Muzium Fourviere di bandar Lyon.
"Mereka melarikan 'Crown of the Virgin', koleksi utama pemeran yang dihasilkan pada tahun 1899 dengan 1791 batu permata dan mutiara yang dihadiahkan oleh beberapa keluarga kaya Lyon pada ketika itu.
"Perompak turut melarikan dua koleksi lain muzium berkenaan iaitu sebentuk cincin dan sebuah piala," kata kenyataan itu.
Muzium yang terletak di atas bukit sebelah gereja, ditutup untuk siasatan.
Muzium berkenaan mempamerkan khazanah dari gereja yang dihasilkan tukang emas di abad 19 dan 20.