Monday, May 15, 2017

Kekasih Baharu Sulli Mohon Privasi Tidak Diceroboh





SELEPAS dilaporkan putus cinta, ahli f(x) iaitu Sulli dikatakan sudah mempunyai pengganti.
Lelaki yang dikenali sebagai Kim Min Jun, berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pengarah jenama.
Bagaimanapun, dalam sebuah status laman sosial peribadinya, Kim Min Jun, memberitahu dia tidak selesa menjadi bahan perhatian masyarakat.
"Saya orang biasa yang bekerja sebagai buruh. Saya tidak suka wajah saya tersebar di internet tanpa izin," tulisnya di laman instagram peribadi.
Seperti dipetik Osen, kekasih baharu Sulli ini meminta netizen menjaga privasinya.
"Saya sangat berterima kasih jika kamu boleh menjada privasi saya dan menganggap saya hanya pekerja biasa," ujarnya.
Hubungan Sulli dan Kim Min Jun telah disahkan bercinta oleh agensi SM Entertainment baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: