PORT DICKSON - Seekor penyu dewasa yang tersangkut di jaring dandang sebuah stesen janakuasa elektrik di Port Dickson berjaya diselamatkan bomba.
Operasi meyelamat mengambil masa hampir dua jam itu diketuai oleh Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Abdul Rahim Atan.
Anggota bomba menyelamatkan penyu yang tersangkut pada jaring dandang sebuah stesen janakuasa di Port Dickson.
"Operasi menyelamat dilakukan menggunakan siatem tali dan berhadapan sedikit kesukaran memandangkan kejadian berlaku di air dan terdapat arus air pasang.
"Penyu yang berjaya diselamatkan kemudiannya dilepaskan semula ke laut lepas," katanya.
Penyu dipercayai dari spesies Karah itu berdasarkan saiznya berkemungkinan berusia sekitar 30 tahun.
Seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai terlibat dengan operasi ini.