Sunday, April 30, 2017

Suzy Tubuh Agensi Sendiri




Suzy
SETELAH kontrak dengan JYP Entertainment  tamat pada 31 Mac lalu, Suzy, 22, dikhabarkan sedang dalam proses menubuhkan agensi miliknya sendiri.
Bagaimanapun, menurut sumber, agensi pengurusan berkenaan ditubuhkan untuk artis-artis yang baik dengannya.
Tambah sumber, pemilik nama sebenar Bae Su-ji itu sudah menghantar dokumen bagi menubuhkan syarikat dan menerima nasihat daripada pelbagai pihak.
Namun, ramai pihak berpendapat Suzy akan meneruskan kontrak bersama agensi lamanya JYP Entertainment yang banyak mengangkat namanya sebagai penyanyi, pelakon dan model iklan.
Selain itu, dikhabarkan beberapa syarikat turut menghubungi penyanyi itu bagi menawarkan kerjasama.
Sehingga kini, Suzy belum memgumumkan sebarang berita mengenai kontrak dan syarikat yang ditubuhkan.