Monday, April 17, 2017

Ryu Soo Young & Park Ha Sun Kongsi Foto Perkahwinan




PASANGAN selebriti Ryu Soo Young dan Park Ha Sun yang melangsungkan perkahwinan secara tertutup Januari lalu berkongsi detik-detik bahagia mereka di Instagram.
Ryu Soo Young memuat naik lima foto perkahwinan mereka di Instagram buat tatapan peminat mereka pada Jumaat lalu.
Pasangan ini berkahwin pada 22 Januari lalu di sebuah hotel di Seoul, Korea Selatan.
Terdahulu, Ryu Soo Young muncul di sebuah temuramah Happy Together menceritakan perjalanan hubungan percintaan mereka sehingga membuat keputusan untuk berumah tangga.
Aktor itu mengakui bibit cinta mereka bermula ketika di lokasi drama Two Weeks.
Katanya, dia menghubungi pelakon wanita itu selepas 10 hari tamat penggambaran untuk keluar melakukan aktiviti pendakian di belakang rumahnya.