Monday, April 17, 2017

Nam Taehyun Tubuh Syarikat Rakaman Sendiri




Nam Taehyun
BEKAS ahli kumpulan Winner iaitu Nam Taehyun dikatakan telah menubuhkan sebuah syarikat rakaman sendiri.
Menerusi satu posting di Instagram, Nam Taehyun memuat naik bukti bahawa dia kini mempunyai label sendiri bernama South Buyers Club.
Difahamkan dia akan melebarkan karier seninya menerusi label ini.
Sementara itu satu sumber daripada pihak Nam Taehyun menyatakan bahawa penyanyi itu tetap mahu menubuhkan label sendiri walaupun dia menerima pelbagai tawaran menyertai syarikat rakaman lain.
"Dia menubuhkan sebuah label kerana mahu aktif dalam dunia muzik mengikut citarasanya sendiri.
"Malah Nam Taehyun juga baru membentuk sebuah band," kata sumber itu seperti yang dilaporkan portal soompi.com.