PENYANYI terkenal Hollywood, Janet Jackson berpisah dengan suami yang juga jutawan Qatar hanya tiga bulan selepas dia melahirkan anak pertama mereka, menurut satu laporan oleh People Magazine.
Ahli perniagaan Wissam Al Mana, 42, dan Jackson, 50, berkahwin pada tahun 2012.
Terdapat laporan mengatakan perpisahan ini disebabkan perbezaan budaya antara pasangan itu.

Janet menangguhkan konsert jelajah "Unbreakable" pada April tahun lepas untuk memberi tumpuan kepada keluarga.
Janet pernah dua kali berkahwin sebelum ini, lapor Channel News Asia.