Sunday, April 30, 2017

Empat Tahun Bercinta, Jinwoon & Yenny Akhirnya Berpisah




Selepas empat tahun bercinta, Jenny dan Jinwoon akhirnya berpisah.
PERCINTAAN selebriti Jinwoon dan Yenny sering mendapat perhatian umum walaupun kedua-dua mereka tidak pernah bercakap secara terbuka mengenai hubungan masing-masing.
Bagaimanapun khabar angin terbaharu menyebut hubungan istimewa yang sudah menjangkau empat tahun itu sudah pun berakhir.
Menurut sumber, pasangan itu mengambil keputusan berkenaan kerana ia adalah jalan terbaik namun masih menjalinkan hubungan sebagai sahabat.
"Mereka sudah empat tahun bercinta dan tiada alasan tertentu menyebabkan hubungan tersebut putus.
"Hubungan itu menjadi renggang dan hambar kerana kesibukan jadual masing-masing," ujar sumber seperti dilaporkan Allkpop.
Malah agensi Yenny iaitu Amoeba Cultur turut mengesahkan perkara berkenaan.
"Memang benar mereka sudah putus, kita tidak ada alasan mengapa hubungan itu putus kerana ia adalah kehidupan peribadi mereka," ujar wakil agensi.