Monday, April 17, 2017

Drake, The Chainsmokers Terima 22 Pencalonan Anugerah Billboard 2017




Drake mampu menarik nafas lega apabila mendapat 22 pencalonan pada anugerah Billboard Music Awards 2017 yang bakal berlangsung pada 21 Mei depan.
PENYANYI Drake dan kumpulan The Chainsmokers mendahului senarai pencalonan Billboard Music Awards 2017.
Page Six melaporkan mereka masing-masing menerima 22 pencalonan pada acara yang bakal berlangsung pada 21 Mei depan.
Mengikuti rapat ialah Twenty One Pilots dengan 17 pencalonan diikuti oleh Rihanna (14), The Weeknd (13) dan Beyonce (8).
The Chainsmokers turut mendapat 22 pencalonan pada anugerah Billboard Music Awards.
Drake, The Chainsmokers, Twenty One Pilots, Rihanna, The Weeknd dan Beyonce — bakal bertanding bagi merebut trofi Top Artist disamping Adele, Justin Bieber, Ariana Grande dan Shawn Mendes.
Drake juga dicalonkan menerusi kategori Top Male Artist dan Top Billboard 200 Artist sementara The Chainsmokers merebut trofi Top Duo/Group dan Top 100 Artist.
Senarai pencalonan itu dipilih berdasarkan beberapa faktor termasuk penjualan album dan single, putaran radio, jualan secara digital dan sosial media.