Thursday, March 23, 2017

Trauma Tidak Halang Azlan Jayakan Konsert Nova



Azlan
PETALING JAYA: Panyanyi Azlan & The Typewriter berkata masalah yang berlaku pada sebuah konsert disertainya pada tahun lalu bukan alasan untuk dia berasa serik menerima tawaran lain.
Buktinya kata Azlan, dia akhirnya menerima  pelawaan menjayakan Konsert NOVA yang turut menggabungkan penyanyi popular Malaysia dan Indonesia seperti Dayang Nurfaizah, Judika dan Cakra Khan di Stadium Melawati Shah Alam, Ogos depan.
"Serik itu tidak tetapi rasa trauma dengan apa yang berlaku tetap ada dan saya tahu risiko sebegini akan tetap ada, cuma apa yang boleh saya katakan pengalaman lepas banyak mengajar,” katanya.
Azlan, 35, ditemui pada majlis pelancaran & sidang media Konsert Nova 2017 & Digital Platform di Hotel Royal Bintang, The Curve Damansara, di sini, pada Selasa.
Azlan ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media sempena penganjuran Konsert Nova.
Dalam pada itu kata Azlan atau Nor Azlan Rosle ini lagi, syarikatnya 'Segitiga Asia' terlibat dalam usaha sama menerusi Konsert NOVA ini.
"Saya menerima tawaran untuk sama-sama terlibat menjayakan konsert ini bukan soal bayaran semata-mata tetapi memikirkan sesuatu untuk industri muzik tempatan yang saya lihat agak perlahan pada tahun ini.
"Bila sudah melibatkan artis serantau seperti dari Indonesia, saya harap semuanya akan berjalan lancar tanpa berlakunya kejadian sama berulang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: