Tuesday, February 28, 2017

Yein (Lovelyz) Cedera Buku Lali




Jung Yein
ANGGOTA kumpulan Lovelyz iaitu Jung Yein terpaksa dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan buku lali semasa menjalani latihan untuk persembahan kemunculan semula kumpulan berkenaan.
Portal Koreaboo melaporkan bahawa Yein berkemungkinan tidak akan dapat mengambil bahagian dalam promosi album penuh Lovelyz yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, beberapa media melaporkan bahawa syarikat rakaman Woolim Entertainment masih belum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Lovelyz dijadual membuat kemunculan semula mereka pada 27 Februari ini dengan album kedua berjudul R U READY?.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: