Tuesday, February 28, 2017

Susanna Noh & Min Jin Woong Mengaku Bercinta




Jin Woong dan Susanna sah menjalinkan hubungan cinta seperti digosipkan sebelum ini.
GOSIP mengenai hubungan di antara pelakon Susanna Noh dan Min Jin Woong akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengaku sedang bercinta.
Soompi melaporkan syarikat pengurusan Susanna dalam satu kenyataan mengesahkan mengenai perkara itu dan mereka sudah menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu.

"Mereka sudah mengenali di antara satu sama lain sejak menuntut di kolej yang sama dan hubungan itu bertambah akrab.

"Susanna dan Jin Wong sudah bercinta sejak beberapa bulan lalu," kata wakil agensi itu.

Pasangan itu sebelum ini pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Korea dalam bidang seni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: