Tuesday, February 28, 2017

Pengarah Kecewa Pak Pong ‘Bocor’ Sebelum Tayangan



Fauzi Nawawi
PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi kecewa apabila filem pertama arahannya iaitu Pak Pong  'bocor' di internet sebelum tarikh tayangannya pada Khamis.
Fauzi, 43, berkata, filem aksi komedi itu disedari telah dikongsi secara penuh oleh pengguna internet sejak Selasa lalu.

"Saya terkejut apabila melihat rakan-rakan Facebook sudah berkongsi filem penuh Pak Pong sebelum ianya ditayangkan di pawagam.

"Sebuah akaun Facebook menawarkan kepada pengguna laman sosial melihat filem itu secara percuma dan ia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak sihat," ujarnya.

Fauzi ditemui pada majlis malam gala filem Pak Pong yang diadakan di e@Curve, di sini, malam Rabu.

Tambah Fauzi, pihaknya sudah membuat satu laporan polis pada malam Selasa lalu di Seremban sebagai langkah keselamatan.

"Saya sedar pada pagi Selasa dan malam itu pihak penerbit buat laporan polis di Seremban.

"Ia kerana ada unsur cetak rompak dan kita tahu sebelum ini ada filem popular yang turut mengalami nasib yang sama," ujarnya.  
Salah satu babak dalam filem Pak Pong.
Bagaimanapun, katanya, filem itu pasti mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga dibocorkan pihak tertentu terlebih awal.

Sementara itu, bercakap tentang filem berkenaan, Fauzi berkata, dia terpaksa mengambil masa hampir lima tahun berikutan berhadapan dengan masalah bajet.

Namun  filem ini masih relevan untuk ditonton kerana ia mengangkat genre fantasi, komedi dan aksi.filem aksi komedi.

"Kami berhadapan dengan masalah bajet untuk menyiapkan filem ini, selain itu mahu memastikan kesan khas (CGI) dilakukan dengan baik.

"Kami juga bernasib baik mendapat bantuan dana daripada pihak Finas sehingga ia dapat disiapkan dengan lancar," ujarnya.

Tambahnya, dia juga bertuah mendapat kerjasama yang baik daripada pelakon-pelakon hebat yang membantu menghidupkan lagi filem Pak Pong.

Filem ini dibintangi oleh nama-nama besar seperti Hairul Azreen, Siti Saleha, Datuk Eizlan Yusuf, Kaza, Rahim R2 termasuk 19 lagi penampilan khas seperti Amber Chia, Saiful Apek, Joey dan Marsha.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: