Tuesday, February 28, 2017

Pelakon 'Aliens' & 'Titanic' Bill Paxton Meninggal Dunia




Bill Paxton bersama isterinya (gambar kiri). Bersama Helen Hunt dalam Twiste (gambar kanan, atas), dan dalam Apollo 13 bersama Tom Hanks dan Kevin Bacon. 
KETIKA industri seni dunia sedang tertumpu kepada Anugerah Akademi pagi Isnin, Hollywood dikejutkan dengan berita kehilangan aktornya, Bill Paxton.

Paxton, yang terkenal dalam filem-filem blockbuster seperti Apollo 13, Titanic dan Aliens  meninggal dunia pada usia 61 tahun akibat komplikasi pembedahan yang dilaluinya pada Sabtu lalu.

Berita mengenai kematiannya diumumkan oleh pihak keluarga pada Ahad.

Sebelum pembedahan, Paxton memberitahu Doug Liman, pengarah Edge of Tomorrow bahawa beliau agak cemas dengan pembedahan kali ini.

Namun, beliau tetap positif dan berharap pembedahan berjalan lancar.

"Semangat Bill dalam industri seni jelas diketahui oleh mereka yang mengenalinya dan kemesraan serta kesungguhannya tidak dapat dinafikan," kata kenyataan itu.

Keluarganya turut meminta supaya tidak diganggu buat masa ini.

Paxton yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat mula bekerja dalam jabatan seni untuk filem Roger Corman pada zaman 70-an sebelum mendapat peluang berlakon.

Beliau kerap kali menjadi pilihan pengarah, James Cameron pada zaman 80-an dan 90-an.

Paxton meninggalkan isteri keduanya, Louise Newbury yang sudah dikahwininya selama 30 tahun serta dua anak, James dan Lydia Paxton.

Perkahwinan pertamanya dengan pelakon Kelly Rowan berakhir dengan perceraian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: