Tuesday, February 28, 2017

Julia Perez Rayu Bantuan Penderma Darah Menerusi Instagram



Julia Perez
KEADAAN kesihatan Julia Perez yang mengalami penyakit kanser serviks dilaporkan semakin parah apabila tersebar berita penyanyi ini mencari penderma darah jenis A+ dengan segera.
Beberapa artis pada Khamis turut berkongsi foto berkaitan bantuan yang diperlukan Julia berserta nombor telefon yang perlu dihubungi.
Beberapa jam kemudian Julia memuat naik foto mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dengan masalah kesihatannya.
Dia juga memberitahu sudah mendapat penderma darah yang sama jenis dengannya.
Foto tersebut turut mendapat komen netizen yang memberi semangat kepada Julia agar terus melawan kanser yang dihadapinya.

Selain itu, terdapat juga khabar angin di media sosial yang mengatakan penyanyi tersebut sudah meninggal dunia.

Perkara itu dinafikan segera oleh pembantunya Diana yang menjelaskan Julia masih bernafas dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: