Monday, February 13, 2017

'J Revolusi' Terima Tajaan RM 1 Juta



Gayatri (empat dari kanan) bersama barisan pelakon J Revolusi.
KUALA LUMPUR: Filem aksi J Revolusi terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Productions menerima tajaan bernilai RM 1 juta dalam bentuk wang tunai, produk dan perkhidmatan.

Penerbit Eksekutif, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, barisan pelakon popular yang membintangi filem ini merupakan faktor utama ia mendapat sokongan penaja.

"Kami bersyukur dan bernasib baik kerana menerika banyak tajaan iaitu kira-kira 12 syarikat korporat yang mahu bekerjasama dan percaya dengan filem J Revolusi.

"Mereka berminat untuk menaja filem ini berikutan melihat barisan pelakon ternama membintangi filem ini, reputasi penerbit dan filem aksi yang berbeza daripada filem-filem biasa," ujarnya.

Gayatri ditemui pada majlis Malam Penghargaan Penaja Dan Media yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, malam Jumaat lalu.

Filem yang bintangi oleh Zul Ariffin, Izara Aishah, Fazura dan Farid Kamil ini menerima tajaan utama daripada syarikat telekomunikasi U Mobile, Samsung, Bermaz Motor Trading, 7 Eleven, aplikasi Sweerspot, B Infinite, Berjaya Time Square, Kenny Rogers Roasters dan Bukit Kiara Equestrain & Country Resort.

Sementara itu, katanya, filem yang menelan belanja RM 3 juta itu turut melakukan beberapa penggambaran semula dan penambah baikkan bagi memastikan ia benar-benar berbaloi untuk ditonton.

"Kami buat beberapa kami penggambaran semula dan menambah baik beberapa babak supaya nampak lebih baik.

"Bagi saya ia bukan satu kerugian kerana filem-filem luar juga mengamalkan perkara yang sama.

"Mereka tidak akan berpuas hati dengan hasil pertama dan akan berulang-ulang kali buat penambahan hingga berpuas hati dengan hasilnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Gayatri mengakui berdebar menanti tayangannya di pawagam seluruh negara pada 2 Mac depan.

Dia berharap filem tersebut mendapat sambutan dan sokongan peminat filem tempatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: