Wednesday, February 15, 2017

Guru Vokal Sarah Ismail Cuba Nasib Jadi Penyanyi



Sarah Ismail.
PETALING JAYA: Hampir lapan tahun mencuba nasib sebagai penyanyi, guru vokal Sarah Ismail akhirnya keluar dengan single pertama berjudul Percaya.

Sarah, 30, berkata, lagu ciptaan komposer baharu Nashriq Ismail Sabri itu juga mempunyai persamaan dengan usahanya yang tidak putus asa untuk melakar nama dalam industri.

“Lagu ini adalah berkaitan dengan diri saya sendiri iaitu liriknya sangat dekat dengan perasaan Sarah. Banyak yang saya lalui sepanjang cubaan meletakkan nama dalam industri.

"lagu Percaya ini tentang keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri. Ia juga boleh memberi semangat dan inspirasi kepada pendengar," katanya.

Selain itu, tambah Sarah, proses rakaman mengambil masa beberapa bulan bagi memberi kesinambungan yang terbaik antara muzik dan kekuatan vokalnya.

Proses rakaman lagu Percaya dijalankan di E Studios Production Sdn Bhd, di SS2 Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Sarah masih meneruskan kerjayanya sebagai guru vokal di beberapa buah sekolah swasta dan persendirian.

Dia juga merupakan guru vokal untuk beberapa selebriti terkenal seperti Sufian Suhaimi, Liyana Jasmay, Kaka Azraf dan Arja Lee.

"Saya masih lagi menjadi guru vokal dan penglibatan saya sebagai penyanyi tidak menghalang untuk terus mengajar teknik nyanyian yang betul kepada artis lain.
"Bagi saya ia secara tidak langsung juga membantu melatih suara saya sendiri menjadi lebih baik," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: