Tuesday, February 28, 2017

Baim Wong Tayang Kekasih




Baim Wong bersama kekasihnya, Luthya.
PELAKON Indonesia, Baim Wong dilihat membawa teman wanita baharunya ketika menghadiri majlis pratonton filem Jakarta Undercover baru-baru ini.
Menurut laporan kapanlagi.com wanita yang dikenali sebagai Luthya Suri itu dikatakan baharu sahaja dikenalinya sejak enam bulan lalu.

Baim yang kini berusia 35 tahun sebelum ini sudah menyatakan kesediaan untuk menamatkan zaman bujang.

"Insya-Allah doakan sahaja," demikian menurut Luthya ketika ditemui media pada Selasa lalu.

Bagaimanapun difahamkan Baim belum melamar wanita berkenaan untuk dijadikan teman hidupnya.

"Tidaklah secepat itu. Yang penting dia tahu arahnya ke sana (berkahwin)," demikian menurut Baim.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: