Monday, January 23, 2017

Zul Ariffin Lebih Tenang Selepas 'Hilang' Setahun




Zul Ariffin tenang tanpa populariti.
PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin berkata dia berasa lebih tenang dan kembali mendapat privasi selepas mengambil pendekatan menyepikan diri daripada dunia lakonan kira-kira setahun.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 32, berkata, dia tidak cemburu atau berasa kurang popular selepas perhatian peminat kini beralih kepada pelakon-pelakon lelaki lain.

"Ia bagus apabila kita tidak lagi menjadi tumpuan peminat, saya rasa lebih tenang kerana saya akui tidak semua orang boleh kawal perkara itu, saya sendiri tidak mampu mengawal populariti yang saya terima suatu ketika dahulu.
"Pada saya ia memerlukan kekuatan mental kerana ke mana kita melangkah sehingga nak masuk tandas pun ada yang ingin bergambar," ujarnya.

Zul ditemui pada majlis pelancaran filem Permata Hati yang diadakan di Golden Screen Cinema (GSC), The Garden,  petang Khamis.

Permata Hati
 arahan dan tebitan Datuk Seri Shah Rezza itu boleh dilanggan secara eksklusif di Astro First bermula 26 Januari ini.

Filem tersebut dibintangi oleh Elaine Daly, Elfira Loy, Edika Yusuf, Zoey Rahman, Danny X Factor, Datuk Ziela Jalil dan Liza Abdullah.

Dalam pada itu, Zul turut menasihati pelakon-pelakon yang sedang melalui zaman populariti agar menggunakan peluang itu dengan perkara yang lebih bermanfaat untuk kerjaya mereka pada masa hadapan.

"Saya nasihatkan agar tidak terlalu asyik dengan populariti yang mereka terima kerana perkara itu hanya bertahan beberapa bulan sahaja.

"Pada akhirnya nanti ia akan melihat kepada bakat dan kualiti kerja untuk terus bertahan dalam industri ini," ujarnya.

Sementara itu, ditanya dalam tempoh setahun menyepi, Zul berkata, dia sibuk menjalani penggambaran untuk dua filem yang bakal disiarkan tahun ini.

Katanya, dia juga baharu sahaja selesai penggambaran drama Menanti Februari yang bakal disiarkan pada Mac ini bersama Fathia Latiff.

"Saya sibuk siapkan dua filem tahun lalu dan filem-filem itu ditayangkan tahun ini. Tahun ini, Insya-Allah saya kembali berlakon drama semula," ujarnya
.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: