Monday, January 23, 2017

Rain Kongsi Gambar Kahwin Untuk Tatapan Peminat




Rain dan Kim Tae Hee berkahwin pada 19 Januari.
PENYANYI terkenal Rain yang berkahwin secara mengejut pada Khamis lalu memuat naik gambar perkahwinannya bersama aktres Kim Tae Hee di laman sosial untuk tatapan peminat.

Koreaboo melaporkan Tae Hee turut memuat naik sepucuk surat dengan tulisan tangan di laman sosial miliknya bagi mengucapkan terima kasih kepada semua peminat kerana mendoakan kebahagian mereka berdua.

"Terima atas atas semua ucapan tahniah dan sokongan terhadap kami walaupun berita (perkahwinan) ini mengejutkan.

Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan secara tertutup.
"Hari ini menandakan permulaan perjalanan untuk kami berdua dan kami ingin melangkah dengan restu daripada semua peminat yang sentiasa mendoakan kami," tulis Tae Hee.

Pasangan itu berkahwin di Gereja Gaoe Catholic yang turut dihadiri oleh selebriti terkenal seperti JYP, Psy dan Honey Lee.

Gambar yang dimuat naik penyanyi itu memberi peluang kepada peminat melihat majlis bersejarah itu selepas kawasan gereja tersebut dikawal ketat oleh pengawal.

Petugas media dan peminat tidak dibenarkan memasuki premis berkenaan kerana pasangan itu mahukan sebuah majlis tertutup.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: