KOTA BHARU - Rasa simpati dan prihatin terhadap mangsa banjir, penjual kuih segera, Mariam Dollah, 60, mengagihkan kuih percuma.
Dia yang meniaga kuih bersam suaminya, Awang Dollah, 63, di Kampung Padang Raja, Melor, di sini, mengagihkan kuih berkenaan pagi tadi.

"Air semakin dalam dan ramai mangsa dipindahkan berasa lapar dan dahaga di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh.
"Selepas ini kita akan goreng lagi kuih karipap sardin, sardin gulung dan keropok lekor untuk mangsa di SK Padang Raja, Melor," kata Mariam.
Kataya, usaha itu dilakukan sebagai usaha amal dan kuihnya terkenal dengan harga murah di Pekan Melor pada hari biasa.
"Pada hari ini juga kita jual kuih dengan harga RM1 untuk lima biji," katanya.