Wednesday, December 21, 2016

Rating 'Infinity Challenge' Naik Mendadak Kerana Big Bang




RATING program realiti Infinity Challenge naik mendadak sebanyak 12.9 peratus selepas menjemput kumpulan popular Big Bang sebagai artis undangan mereka.

Perkara itu turut membuatkan program itu menjadi acara paling banyak ditonton bukan sahaja untuk slot itu, malah menjadi program rating tertinggi pada minggu itu.

Program yang disiarkan Sabtu lalu itu menampilkan kesemua lima ahli kumpulan berkenaan termasuk G-Dragon untuk menghiburkan penonton.

Pelbagai aktiviti mencuit hati yang menunjukkan sisi lain diri penyanyi kumpulan itu berjaya membuatkan penonton ketawa.

Mereka turut menceritakan soal kerjaya nyanyian dan memberi pendapat tentang diri masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: