Wednesday, December 21, 2016

Putus Oktober Lalu, Mariah Carey Masih Pakai Cincin Tunang




BIARPUN pertunangan penyanyi Mariah Carey dan jutawan Australia, James Parker sudah pun terputus Oktober lalu, namun wanita itu masih memakai cincin istimewa yang diberikan lelaki berkenaan.

Penyanyi lagu My All itu kelihatan menghadiri Late Night With Seth Meyers dengan mengayakan cincin itu sebagai perhiasaan busananya.

Seperti dipetik Aceshowbiz, setakat ini penyanyi itu tidak memberi sebarang penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Bagaimanapun, Mariah dikatakan kini menjalin hubungan dengan salah seorang penari latarnya, Bryan Tanaka.

Kedua-dua mereka bakal ke Hawaii bagi menghadiri salah satu program realiti Mariah World.

Perjalanan hubungan cinta penyanyi ini tidak selancar kerjaya nyanyiannya. Pernikahan yang dibina juga terkandas di tengah jalan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: