Wednesday, December 21, 2016

Peminat Marah Sechs Kies Tampil Di Kelab Malam




KUMPULAN Sechs Kies yang baharu sahaja keluar dengan album berjudul Re-Album dijadualkan bakal mengadakan persembahan di sebuah kelab malam di Korea.

Bagaimanapun, perkara tersebut menerima bantahan dan kritikan peminat yang manganggap kumpulan itu tidak sesuai tampil di tempat hiburan tersebut.

Rata-rata peminat menganggap kumpulan pop itu perlu menjaga reputasi mereka yang berimej bersih.

Peminat-peminat turut menyalahkan pengurusan baharu kumpulan itu iaitu YG Entertainment yang mengatur rangka promosi kumpulan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: