Wednesday, December 28, 2016

Muncul Single Solo, Izzue Islam Nafi Keluar Forteen



PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menafikan sudah keluar dari kumpulannya Forteen selepas muncul single solo ciptaan sendiri berjudul 'Bimbang'.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 26, berkata, dia mengambil peluang untuk mencuba nasib dan mengembangkan bakat seninya dalam bidang penghasilan lagu.

"Saya ingin cuba sesuatu yang baru dan bakat dalam bidang penciptaan lagu, alang-alang menulis saya menyanyikan sendiri lagu berkenaan.

"Tapi ia tidak bermakna saya sudah keluar dari Forteen atau kumpulan itu sudah berpisah, tetapi ia adalah projek istimewa saya sahaja," ujarnya.

Izzue yang menggunakan nama komposernya IIAN mengakui menerima nasihat dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman.

Katanya, lagu bergenre alternatif pop rock itu sudah pun di gunakan sebagai lagu tema sebuah drama bersiri berjudul Tak Beli Tak Cinta yang disiarkan di TV3 pada Oktober lalu.

"Boleh saya katakan cipta lagu bukan sesuatu yang mudah dan saya bersyukur diberi tunjuk ajar oleh mereka yang arif dalam bidang ini.

"Lagu ini berkisarkan tentang aura positif dalam persahabatan atau percintaan. Lagu ini sesuai dengan karakter saya sendiri," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Izzue juga sibuk sebagai hos rancangan berjudul Kustom Roda dan Destinasi Hijau di RTM.

Manakala bakal muncul dalam telefilem Peah Singa dan Mat Latah. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: