Thursday, December 22, 2016

Margot Robbie Muat Naik Foto Cincin Sahkan Sudah Berkahwin




PELAKON Margot Robbie akhirnya memberi petanda mengesahkan berita perkahwinannya dengan pengarah Tom Ackerley yang tersebar sejak kebelakangan ini.
Margot yang popular menerusi watak Harley Quinn dalam filem Suicide Squad itu memuat naik gambar berkucupan dengan Tom di laman Instagram miliknya dengan menunjukkan cincin perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, dia tidak menulis sebarang kapsyen pada foto berkenaan.

Foto tersebut menerima 1.4 juta tanda likes dan hampir 30,000 komen memberi ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Terdahulu, khabar angin memberitahu pasangan itu berkahwin di Australia dan majlis berkenaan diadakan secara rahsia di tepi pantai dalam suasana yang tenang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: