Wednesday, December 21, 2016

Katy Perry & Orlando Bloom Buktikan Belum Berpisah



Katy Perry & Orlando masih bersama.
PASANGAN selebriti Katy Perry dan Orlando Bloom dilaporkan muncul bersama di khalayak sekali gus membuktikan khabar angin sudah berpisah.

Seperti dipetik Daily Mail, kedua-dua mereka dilihat mesra ketika bersama-sama berhibur di taman tema Disneyland.

Foto-foto tersebar kedua-duanya menaiki beberapa permainan roller coaster dan Orlando memeggang tangan bintang pop itu dengan erat.

Foto-foto kemesraan di taman hiburan itu dimuat naik oleh rakan baik Katy iaitu Johnny Wujek yang turut bersama-sama mereka.

Terdahulu, pasangan ini juga dilihat meraikan majlis Thanks Giving bersama keluarga besar mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: