BAHAU - Seorang pekerja ladang terkejut apabila menjumpai satu objek menyerupai bom lama, ketika membuat rondaan di sebuah ladang di Felda Bukit Rokan Barat, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki tersebut menjumpai objek berkenaan berukuran kira-kira 12 inci sekitar jam 7.00 pagi.
“Berdasarkan siasatan lanjut, objek berkenaan merupakan bom lama bersaiz kira-kira 42 cm diliputi oleh tanah.
“Bom tersebut terletak tepi jalan antara kebun dengan hutan kecil kira-kira empat kilometer dari jalan besar Bahau-Dangi.
“Pada jam 1.30 petang, sepasukan unit pemusnah bom dari IPK dan unit persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sampai. Bom selamat diletupkan kira-kira 1.55 petang,” katanya.