WYOMING - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dilaporkan maut dalam keadaan ngeri selepas terjatuh dalam sebuah kolam air panas yang berasid di Yellowstone National Park.
Kejadian yang berlaku Jun lepas itu didedahkan CNN semalam, mengatakan Colin Nathaniel Scott, 23, bersama kakaknya menceroboh kawasan larangan, Norris Geyser.
Ketika kejadian, Colin mahu mencelup jari ke dalam kolam untuk mengenal pasti suhu kolam tersebut tetapi tergelincir dan jatuh.
Pasukan penyelamat yang menemui mayat Colin yang maut akibat suhu air panas bagaimanapun gagal menarik mayat ke tebing kerana ribut petir pada hari tersebut.
Keesokan harinya, mayat Colin dilaporkan sudah cair, termasuk tulang-tulangnya disebabkan keadaan air kolam yang berasid.
Geyser tersebut dilaporkan berasid kerana ia dipanaskan oleh air bawah tanah yang bersuhu sangat tinggi dan menyebabkan air mengandungi asid sulfurik.
Ais sulfurik tersebut dihasilkan oleh mikroorganisma yang telah memecahkan agen hidrogen sulfide yang terkandung dalam batu dan tanah.
Penolong ketua Ranger, Lorant Veress menegaskan kepada semua pelawat supaya mematuhi semua papan tanda larangan di kawasan tersebut.
"Yellowstone adalah kawasan 'liar' dan merbahaya dan telah diubah untuk menjadi selamat, tetapi risiko bahaya itu tetap ada," kata Lorant.