Friday, November 18, 2016

Deejay Lin Alami Kegelinciran Tulang Bahu




Deejay Lin terpaksa menggunakan tangan kanan untuk mengangkat tangan kirinya termasuklah sewaktu hendak duduk dan melakukan kerja-kerja lain.
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Deejay Lin mengalami kegelinciran tulang bahu akibat terjatuh ketika ingin memulakan kerjanya di Tropicana Mall di sini minggu lalu.

Deejay Lin atau Roslinda Abdul Majid, 40, berkata, keadaan hujan dan simen yang basah menyebabkan dia tergelincir dan tangan kirinya cuba menampan simen sehingga terjadinya kemalangan berkenaan.

"Kejadian ni berlaku pada hari Rabu minggu lalu. Ketika itu hujan dan jalan pula basah.

"Semasa hendak ke pejabat, Lin tergelincir lalu terjatuh. Tangan kiri cuba nak menampan daripada jatuh menyebabkan berlakunya masalah pada bahu Lin," katanya.

Menurut Lin, kejadian itu meyebabkan keseluruhan tangan kirinya sakit sehinggakan dia tidak mampu bergerak ketika tidur.
Deejay Lin (tengah) bersama peminat yang bakal bertemu jodoh iaitu Siti Zubaidah dan Mohd Shahrul selepas mengikuti segmennya iaitu Suria cinta. Foto dari Instagram Deejay Lin.
Malah dia terpaksa menggunakan tangan kanan untuk mengangkat tangan kirinya termasuklah sewaktu hendak duduk dan melakukan kerja-kerja lain.
Jelasnya akibat hal berkenaan dia telah dirujuk ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal dekat sini sejak Jumaat lalu dan doktor mendapati terdapat kegelinciran pada pergelangan bahunya.

"Doktor memberikan Lin ubat selain perlu menjalani fisioterapi setiap hari dan Alhamdulillah, keadaan Lin semakin pulih. Sakit juga sudah berkurangan," katanya.

Ujar Lin, kerana kejadian itu rancangan kendaliannya iaitu Suria Cinta terpaksa digantikan sementara waktu oleh Naim Hashim.

Dalam pada itu Lin berkata, ketika di hospital dia dilawati ramai peminat termasuklah ada yang membawa makanan.

Lebih menarik katannya, dua peminat yang bekerja di hospital itu turut bertemunya selain menceritakan hubungan mereka terjalin gara-gara dipertemukan dalam segmen berkenaan.

"Dua pekerja di hospital tempat saya dirawat iaitu Siti Zubaidah dan Mohd Shahrul ada melawat saya dan berkongsi cerita mereka sudah bertunag dan akan kahwin pada Mac tahun depan.

“Mereka bertemu selepas menyertai segmen Cari Cinta dalam rancangan Suria Cinta," kata Lin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: