Saturday, October 29, 2016

'Suri Hati Mr Pilot' Berjaya Lonjak Nama Ben Amir



Ben Amir bersama Neelofa dalam drama 'Suri Hati Mr Pilot'.
PETALING JAYA: Pelakon Ben Amir menjelaskan drama Suri Hati Mr Pilot benar-benar memberi impak apabila lakonan dia mula mendapat perhatian pihak stesen televisyen selepas lima tahun berada dalam industri seni.
Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 26, berkata, dia mula diberi tanggungjawab untuk membawakan watak utama dalam beberapa drama bersiri tempatan.

"Alhamdulillah, sejak memulakan kerjaya lakonan pada 2012, akhirnya saya mula diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama sejak akhir-akhir ini.

"Tawaran watak-watak utama itu saya dapat selepas lakonan saya sebagai Doktor Muslim dalam drama Suri Hati Mr Pilot  yang sedang ditayangkan di Astro Ria," ujarnya.
Ben pernah menyertai pertandingan Hero Remaja. Foto Ihsan Instagram @benamirr
Ben mula mendapat perhatian penonton apabila wajahnya kini kerap berada di drama-drama hit tempatan yang ditayangkan sejak kebelakangan ini.

Antara drama yang dibintangi ialah Mariam Alisa, Menantu Ting TongCinta Masam Manis dan Bagaikan Kelip-Kelip.

Ben berkata, kerjaya lakonannya mula mendapat perhatian sejak awal tahun ini apabila diberikan watak hero kedua dalam beberapa drama popular.

"Saya menceburi bidang lakonan selepas menyertai Hero Remaja 2011/2012 bersama Fattah Amin dan Saharul Ridzwan, namun mereka lebih awal mengorak langkah dalma industri.

"Saya akui agak lambat dan sukar kerana tidak banyak mengenali orang-orang dalam insdutri ini. Banyangkan saya pernah hadiri lebih 20 sesi uji bakat lakonan namun tidak berjaya.

"Selepas itu saya cuba jadi pelakon tambahan lalu lalang depan kamera sehingga lama kelamaan orang sedar kewujudan saya," ujarnya.

Sementara itu, Ben berkata, dia sentiasa menganggap sesebuah watak yang diberikan sebagai tanggungjawab yang perlu dilakukan sebaik mungkin.

Dia juga akan memastikan karaktor yang dibawa dalam sesebuah drama berbeza daripada drama yang sebelum ini.

"Selalunya saya akan ubah penampilan mengikut watak yang diberikan kerana saya tidak nampak muka saya sama sahaja dalam setiap drama.

"Biarpun watak itu hanya watak kecil sahaja tapi saya tetap anggap ia memberi kesan dan membantu sesebuah drama," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: