Saturday, October 29, 2016

Sokong Kerja Amal Dalam Konsert #AirAsiaMAKNA 2016 Ahad Ini




Kaka Azraff akan terlinbat dalam persembahan sempena Karnival dan Konsert #AirAsiaMAKNA 2016 Ahad ini.
PETALING JAYA: AirAsia Berhad dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA),bakal menganjurkan karnival dan konsert #AirAsiaMAKNA 2016 dalam menyokong perjuangan memerangi penyakit kanser di negara ini.
Ketua Komunikasi AirAsia Berhad, Aziz Laikar berkata, konsert yang akan berlangsung di Avenue K Shopping Mall, dekat sini pada Ahad ini merupakan platform yang akan digunakan untuk meningkatkan sokongan dan kesedaran orang ramai terhadap perjuangan menentang penyakit itu.

"Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival tersebut termasuklah pemeriksaan kesihatan secara percuma, ceramah kesihatan, diskusi tentang pencegahan penyakit dan sesi perkongsian daripada pejuang kanser.
Datuk Siti Nurhaliza.
"Terdapat juga pengagihan sampel dan penjualan makanan organik, paparan maklumat tentang kanser, penyampaian cek kepada MAKNA dan persembahan daripada penyanyi terkenal seperti Joe Flizzow, SonaOne, Kaka Azraff, Datuk Siti Nurhaliza dan ramai lagi,” katanya.
Karnival berkenaan akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Dalam pada itu Aziz berkata, AirAsia, bersama MAKNA menggalakkan orang ramai untuk datang dan memberi sokongan kepada acara ini yang diadakan percuma.

Tambahnya di karnival ini AirAsia akan memberi kod diskaun sebanyak 20 peratus untuk semua penerbangan syarikat itu kepada tetamu yang hadir.

"AirAsia juga baru-baru ini telah bekerjasama dengan SimplySiti dimana kami menjual produk-produk eklusif.
"Bagi projek ini, kami membawakan produk ekslusif SimplySiti yang hanya terdapat dalam penerbangan AirAsia dan para pengguna bolehlah mendapatkan produk khas ini,” katanya.

Karnival dan konsert berkenaan merupakan acara kemuncak kempen #AirAsiaMAKNA tahun ini selepas kejayaan mengumpul dana selama sebulan.

Dalam kempen itu AirAsia memberi sumbangan 10 sen daripada setiap tempahan penerbangan yang dibuat melalui www.airasia.com dari 15 Ogos hingga 16 September 2016 sebagai derma kepada majlis itu.

Menerusi kempen serupa pada tahun lalu, pihaknya berjaya mengumpul dana sebanyak RM200,000 untuk sumbangan kepada MAKNA dan hasil kutipan dan sumbangan bagi tahun ini akan diumumkan semasa karnival Ahad ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: