Thursday, October 20, 2016

Mia Ahmad & Izham Tarmizi (JDT) Bakal Kahwin



Mia Ahmad
KUALA LUMPUR: Pelakon Mia Ahmad akhirnya mengesahkan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan, 25, ialah cinta hatinya dan sudah memikirkan hasrat berumah tangga.

Mia atau Shamiha Ahmad Baderi, 28, berkata, buat masa ini masih belum ada tarikh bagi tujuan berkenaan.

"Alhamdulillah kami sudah berkenalan selama setahun dan jujurnya saya selesa bersama Izham.

Mohd. Izham Tarmizi

"Insya-Allah jika ada jodoh kami akan berkahwin tetapi bukan dalam waktu terdekat memandangkan jadual Izham yang padat," katanya.

Mia ditemui pada majlis memperkenalkan hos Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Mia berkata, hubungan tersebut mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Mia yang pernah popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan sebelum ini dikaitkan dengan penjaga gol JDT itu selepas tersebar gambar sambutan hari jadinya yang dianjurkan oleh Izham di sebuah kafe.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: