Tuesday, October 25, 2016

'Descendants of the Sun' Ubah Karier Jin Goo




Populariti Jin Goo semakin meningkat sejak berlakon dalam drama bersiri Descendents of the Sun.
PELAKON Jin Goo masih tidak mempercayai kemunculannya dalam drama bersiri popularDescendants of the Sun telah mengubah landskap karier seninya.
Menerusi temubual bersama majalah Grazia, Jin Goo berkata, perhatian dan populariti yang diraihnya sejak berlakon dalam drama berkenaan adalah perkara luar biasa yang pernah terjadi dalam kariernya.

"Ia sesuatu yang menggembirakan dan pada masa sama saya bersyukur atas perhatian diberikan kepada saya.

"Saya masih tidak mempercayai dengan situasi yang berlaku tetapi saya bersyukur," katanya.

Dalam pada itu, Jin Goo berkata, lakonan sentiasa menjadi minatnya dan tidak akan sesekali membiarkan dirinya hanyut dalam populariti.

"Segala yang saya kecapi kini tidak akan pernah mengubah komitmen saya terhadap karier lakonan saya kerana saya mahu berada dalam industri ini untuk jangka masa panjang," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: