Saturday, October 29, 2016

Chris Hemsworth Muat Naik Foto, Nafi Rumah Tangga Bergolak




Chris Hemsworth muat naik foto di Instagram miliknya.
PELAKON Chris Hemsworth akhirnya memberi gambaran yang menafikan rumah tangganya dengan Elsa Pataky sedang berantakkan.
Pelakon filemThe Avenger  ini memuat naik foto bersama isterinya di atas sebuah kapal pelayaran dengan kapsyen menafikan khabar angin itu.

"Saya sedang cari isteri baru seperti laporan media adalah salah, sayang... kamu masih mencintai aku kan?" tulisnya.

Foto yang dimuat naik pada Isnin lalu itu mencuri perhatian apabila sehingga kini menerima hampir 500,000 tanda suka.

Rata-rata peminat memberi semangat dan harapan agar pasangan ini kekal bersama.

Terdahulu, akhbar Womans Day Australia melaporkan hubungan pasangan yang sudah enam tahun berumah tangga ini sedang bergolak.

Laporan itu berkata, kedua-dua mereka kini sedang memikirkan untuk berpisah dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: