Thursday, September 29, 2016

"Saya Juga Tiada Kata-Kata Untuk Izreen" - Amar Baharin



Amar dan Amyra bakal bernikah pada 11 November depan.
PETALING JAYA: Pelakon Amar Baharin enggan mengulas apabila ditanya tentang kenyataan pelakon Izreen Azminda yang tidak mahu mendoakan perkahwinannya dengan aktres Amyra Rosli.
Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 31,berkata, dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 11 November depan.

“Saya tiada komen dan kata-kata juga untuk dia.

"Sekarang saya sedang sibuk buat persiapan majlis dan berada di United Kingdom untuk penggambaran drama,” ujarnya menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada Ahad.

Amar diminta mengulas tentang kenyataan Izreen Azminda pada Jumaat lalu bahawa dia tidak mempunyai sebarang doa untuk aktor yang pernah dikaitkan bercinta dengannya itu.
Izreen Azminda tiada doa untuk Amar Baharin.
Izreen juga menerusi kenyataan di sebuah media memberitahu dia menolak untuk kembali bergandingan dengan Amar dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjemput Izreen ke majlis perkahwinannya nanti Amar berkata, dia menyerahkan hal berkaitan undangan kepada pihak pengurusannya.

“Saya tidak uruskan jemputan, semua saya serahkan kepada pengurus saya untuk buat jemputan,” ujarnya.

Selain itu, Amar berkata, dia akan mula mengedarkan kad jemputan majlis istimewa itu pada Oktober depan.

Amar dan Amyra mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung pada 22 Julai lalu di Sunway Montana Club House.

Pasangan ini bakal diijab kabul pada 11 November depan, majlis resepsi pada 12 November di sebelah pengantin perempuan.

Manakala majlis resepsi di pihak lelaki diadakan pada 19 November 2016.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: