SAMSUNG menghentikan semua jualan Galaxy Note7, selepas 35 kes behubung sel bateri dilaporkan di seluruh dunia sehingga 1 September.
"Kami sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh dengan pembekal kami bagi ‎mengenal pasti bateri yang terjejas dalam pasaran.
"Memandangkan keselamatan pelanggan merupakan keutamaan di Samsung,‎ kami menghentikan jualan Galaxy Note7," kata Samsung Malaysia Electronics menerusi satu kenyataan di sini.
Syarikat itu juga akan menggantikan peranti sedia ada daripada pembeli yang‎ sudah pun memiliki Galaxy Note7 dengan alat baharu pada minggu-minggu akan datang.
Pelanggan boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di 1-800-88-7799 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedudukan peranti Galaxy Note 7 mereka sedia ada sebelum sebarang penggantian dilakukan.
"Kami akan berusaha untuk memastikan penggantian yang selesa dan cekap," kata syarikat itu.