Wednesday, September 21, 2016

Pink Hadiahkan Lirik Lagu Buat Celine Dion




Celine Dion mendedikasikan lagu terbaharunya berjudul Recovering kepada mendiang suaminya, Rene Angelil.
PENYANYI Pink menghadiahkan sebuah lirik berjudul Recovering kepada Celine Dion yang menceritakan tentang kehilangan dan kesedihan kehilangan insan tersayang.
People melaporkan Celine, 48, terharu dengan pemberian daripada Pink itu yang sekaligus membuatkannya kembali bangkit daripada terus bersedih dan meratap kematian suaminya, Rene Angelil Januari lalu.

"Beberapa bulan lalu ketika saya menghadapi situasi sukar dalam hidup, saya mendapat hadiah istimewa daripada seorang artis yang saya selalu pandang tinggi iaitu Pink.

"Recovering yang ditulisnya cukup meninggalkan kesan kepada diri saya untuk terus tabah dan kuat menghadapi dugaan apabila suami saya meninggal dunia," katanya.

Dalam pada itu, Celine sempat mendendangkan lagu berkenaan ketika muncul pada acaraStand Up to Cancer di Los Angeles dan persembahan itu meninggalkan emosi cukup mendalam bukan sahaja kepadanya tetapi penonton yang hadir.

Celine dalam ucapannya, mendedikasikan persembahan itu kepada mendiang suaminya dan abangnya Daniel Dion dan bapanya Adhemar Dion yang turut meninggal akibat kanser.

Antara selebriti yang turut menjayakan acara itu adalah Bradley Cooper, Kristen Wiig, Emma Stone, Tom Hanks, Ben Affleck, Matthew McConaughey, Anna Kendrick dan Ken Jeong.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: