Wednesday, September 21, 2016

Ji Soo Dibedah Akibat Jangkitan Kuman Pada Tulang




Ji Soo
PELAKON filem Scarlet Heart Ryeo, Ji Soo baharu menjalani pembedahan selepas didapati terdapat jangkitan kuman pada tulang.
Agensinya Plain TPC, memberitahu aktor tersebut dibedah pada Selasa lalu kira-kira pukul 4 pagi waktu Korea. 
"Ji Soo mengalami kesakitan di bahagian kaki dan sudah ditahan di hospital sejak Isnin lalu untuk pemeriksaan lanjut.

"Pada Rabu, doktor melakukan pembedahan dan sekarang beliau sedang berehat dan melalui proses pemulihan," ujarnya.

Aktor tersebut juga terpaksa berehat daripada penggambaran drama Fantastic sehingga benar-benar sembuh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: