LAGENDA seni mempertahankan diri, Jackie Chan, bakal menerima Kehormat Oscar daripada Akademi Wayang Seni Gambar dan Sains pada Anugerah Gabenor, 12 November ini.
Chan, 62 tahun telah membintangi (turut menulis, mengarah dan juga menghasilkan) lebih daripada 30 buah filem seni mempertahankan diri, kebanyakkannya dibuat di negara asalnya, Hong Kong.
Kejayaannya di pentas luar melalui filem hit tahun 90 an ‘Rumble in the Bronx dan juga ‘Rush Hour’.
Karya terbaharu beliau adalah filem animasi 'Kung Fu Panda' di mana beliau meminjamkan suara untuk satu watak di filem tersebut.
Di sebalik kejayaan beliau, belum pernah sekali pun dia dicalonkan untuk Oscar.
Akademi tersebut mengumumkan pemilihan itu pada pagi Khamis.
Sebanyak 54 orang ahli lembaga yang terlibat  mewakili kira-kira 7,000 ahli memilih pemenang dalam satu undian pada Selasa malam.
Terdapat tiga lagi pemenang kehormat yang semuanya mempunyai karier yang bersinar sepanjang penglibatan mereka di dalam filem.
“Anne Coates memenangi Oscar dalam penglibatan beliau untuk filem 'Lawrence of Arabia', Lynn Stalmaster pula sudah terlibat dengan lebih 200 buah filem dan Frederick Wiseman pula terlibat dengan satu filem setahun sejak tahun 1967,” kata Pengetua Akedemi, Cheryl Boone Isaacs.
“Keempat-empat penerima anugerah kehormat ini adalah perintis sebenar,” tambahnya lagi.