PELAWAK terkenal, Harith Iskander terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan Funniest Person In The World anjuran Laugh Factory, yang akan diadakan di Helsinki Finland pada Disember ini.
Menerusi kemas kini di Facebooknya, Harith meminta agar orang ramai memberi sokongan kepadanya.
"Saya terpilih mewakili Malaysia...Hanya seorang wakil dari setiap negara akan mara ke pusingan akhir. Untuk itu, saya memerlukan 'like' dan 'share' anda semua," ujarnya.
Katanya lagi, kini sudah sudah tiba masanya komedi Malaysia diangkat di mata dunia.
"Izinkan saya mengibar bendera Malaysia di pentas komedi dunia!," katanya lagi.