BEIJING - CHINA. Sepasang penumpang lelaki dan wanita ditahan selepas menghalang sebuah pesawat daripada berlepas.
Dalam kejadian 14 Septermber tersebut, pasangan berkenaan terlewat untuk memasuki pesawat Air China di Lapangan Terbang Beijing.
Laporan Dailymail mengatakan pasangan berkenaan kemudian menceroboh masuk ke landasan kapal terbang berkenaan.
Akibat dihalang daripada berlepas, penerbangan CA1519 tersebut terlewat 20 minit dari jadual pelepasan.
Pasangan itu ditahan reman selama lima hari untuk siasatan lanjut.