LONDON - BRITAIN. Francais pizza, Domino's Pizza akan melakukan siasatan selepas sebuah rakaman pekerjanya membuat aksi 'wheelie' sebelum terjatuh tersebar di laman sosial.
Menurut laporan Mirror, kejadian berlaku di sebuah jalan raya yang sibuk di Clapham High Street semalam.
Dalam rakaman yang tersebar, penghantar pizza berkenaan memulakan aksi wheelie sejauh beberapa meter sebelum terjatuh.
Orang ramai dirakam bersorak dan bergelak ketawa selepas penghantar pizza berkenaan terjatuh.
Jurucakap francais berkenaan memberitahu, Domino's Pizza 'tidak terhibur' dengan aksi viral berkenaan dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya.