Tuesday, August 30, 2016

Lee Jin Wook Diminta Bayar Pampasan Sebagai Duta Produk




Lee Jin Wook diminta bayar pampasan kepada syarikat yang melantiknya sebagai duta dan jurucakap jenama pakaian terkenal di Korea Selatan.
PELAKON Lee Jin Wook diminta membayar pampasan kepada sebuah syarikat atas dakwaan telah menjejaskan reputasi dan jualan jenama pakaian terkenal di Korea Selatan.

Soompi melaporkan aktor itu pada awal tahun ini menandatangani perjanjian sebagai jurucakap jenama berkenaan dengan bayaran USD358,000 (RM1.4 juta).
Bagaimanapun tidak dinyatakan berapa jumlah pampasan diminta pihak berkenaan.

Pada Julai lalu nama Jin Wook menjadi perhatian apabila seorang wanita dikenali sebagai A mendakwa menjadi mangsa serangan seksual pelakon itu.

Ekoran dakwaan itu, syarikat berkenaan mengugurkan namanya sebagai duta dan jurucakap daripada mewakili jenama itu.

Sumber pula memberitahu syarikat itu berhak membuat tuntutan walaupun Jin Wook belum disabitkan kesalahan kerana ia tertulis dalam kontrak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: