Tuesday, August 30, 2016

Kisah Hidup Britney Spears Dijadikan Filem Televisyen



Filem mengenai kisah hidup penyanyi terkenal Britney Spears bakal ditayangkan pada tahun hadapan.
KISAH hidup dan kejayaan penyanyi terkenal Britney Spears bakal dijadikan sebuah filem untuk siaran televisyen lapor Variety.
Bakal diarahkan oleh Leslie Libman, filem berkenaan dilaporkan turut memaparkan masalah yang dihadapi sepanjang bergelar penyanyi termasuk kisah peribadinya.

Ini termasuk kisah percintaannya dengan Justin Timberlake, Jason Alexander dan Kevin Federline.

Pengumuman itu dibuat oleh saluran Lifetime pada Rabu lalu.

Pelakon Natasha Bassett bakal melakonkan watak sebagai Britney dalam filem biopic selama dua jam itu.

Filem bertajuk Britney itu bakal memulakan penggambaran pada 19 September ini di Vancouver, Kanada dan dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: