YANGQING - CHINA. Seorang wanita maut diserang oleh harimau di sebuah taman hidupan liar di sini sebaik keluar dari kenderaan mereka, lapor BBCNews.
CCTV menyiarkan rakaman kejadian yang menunjukkan seorang wanita dilihat keluar dan berdiri di sebelah sebuah kereta sebelum diserang dan diseret oleh seekor harimau.
Seorang lagi wanita yang turut berada di dalam kereta berkenaan bertindak melompat keluar dan cuba untuk membantu wanita itu namun maut dibaham oleh seekor lagi harimau lain.
Bagaimanapun, seorang lelaki yang turut berada di dalam kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan ketika cuba untuk membantu mangsa.
Beberapa laporan berkata, berlaku pertelingkahan menyebabkan wanita pertama keluar dari kereta berkenaan ketika bersiar-siar di taman hidupan liar tersebut.
Pengunjung di Beijing Badaling Wildlife World dibenarkan untuk memandu kenderaan mereka sendiri di sekitar taman berkenaan namun diberi amaran untuk tidak keluar di kawasan terbuka dengan hidupan liar.
Dalam pada itu, video daripada kejadian itu menunjukkan renjer taman yang berada di tempat kejadian bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa.
Sementara itu, kerajaan daerah Yangqing berkata, mangsa lain yang terselamat menerima rawatan perubatan namun tidak memberikan maklumat lanjut
Pegawai taman hidupan liar berkenaan enggan mengulas lanjut dan berkata kamudahan itu ditutup ekoran hujan lebat.