Sunday, June 26, 2016

Katherine Heigl Hamil Selepas Lapan Tahun Kahwin



Katherine dan suaminya bakal menimang cahaya mata lelaki pada Januari depan.
PELAKON Katherine Heigl bakal menimang cahaya mata pertama selepas lapan tahun berkahwin dengan pemuzik Josh Kelley.
People melaporkan Katherine dijangka bakal melahirkan bayi lelaki pada Januari depan.
Katherine bersama dua anak angkatnya.
Pasangan itu menganggap kehamilan tersebut sebagai sesuatu yang ajaib kerana sudah menunggu terlalu lama untuk memiliki anak.
"Kami terlalu gembira dengan kehamilan ini dan berharap ia akan memberi lagi seri dalam rumah tangga kami," kata Katherine.

Katherine dan Josh turut mempunyai dua anak angkat iaitu Naleigh Moon, 7 dan Adelaide Marie Hope, 4.

"Mereka berdua cukup teruja bakal mempunyai adik lelaki dan sentiasa bertanya bila saya akan melahirkan adik mereka," katanya lagi.

Pasangan itu mengambil Naleigh yang berasal dari Korea Selatan sebagai anak angkat pada September 2009 ketika kanak-kanak berkenaan berusia sembilan bulan.

Manakala Adelaide menyertai keluarga mereka pada 2012.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: